◕‿◕ ◕‿◕ ◕‿◕ ◕‿◕
Welcome Buddies !
Hello and welcomes to Tokoh Sejarah a.k.a Tokoh Dalam Kenangan. Hope this informations can helps you.May leave you linkies at shout box.You May choose the Navigations up there to to know more .

Updates ◕ ‿-。
16 November our class will make some farewell party !
Perdana Menteri Malaysia kedua
Selasa, 12 Julai 2011 | 4:01 PG | 0 comments

Perdana Menteri Malaysia kedua

TUN Abdul Razak bin Datuk Hussein dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pulau Keladi, Pekan, Pahang. Beliau dibesarkan oleh datuknya di Kampung Jambu, Langgar, Pekan Pahang dalam suasana kampung yang penuh disiplin. Di Sekolah Melayu kampung inilah Abdul Razak mendapat pendidikan awal. Beliau terpaksa berulang-alik sejauh empat batu dengan berjalan kaki dari rumah ke sekolah. Beliau kemudian dihantar ke Maktab Melayu Kuala Kangsar dan melanjutkan pengajiannya di Raftles College Singapura. Beliau juga berjaya menamatkan pengajian undang-undang di Lincoln's Inn, London hanya dalam tempoh lapan belas bulan. Semasa di London, Tun Razak mendalami bidang politik di samping aktif dalam kegiatan-kegiatan pelajar. Beliau telah menubuh kan Malayan Forum yang dipengaruhi oieh Parti Buruh British untuk memberi kesedaran politik kepada anak-anak Persekutuan Tanah Melayu. Beliau terpaksa kembali ke tanahair dan memberhentikan pelajaran lanjutannya kerana kematian bapanya pada bulan April 1950. Sekembalinya ke tanahair, beliau berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Pahang sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan dan dua tahun kemudian beliau dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Kejayaan beliau dalam perkhidmatan awam ini selari dengan penglibatan beliau dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Empat bulan selepas menganggotai UMNO, beliau dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO. Ini diikuti pula dengan pelantikannya sebagai Ahli Tidak Rasmi Majlis Undangan Persekutuan pada I Februari 1951. Dalam tahun 1951 apabila Tunku Abdul Rahman menjadi Yang Dipertua UMNO, beliau yang berumur 29 tahun dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua. Tun Abdul Razak juga menjawat jawatan Pemangku Menteri Besar Pahang selama beberapa bulan pada tahun 1955. Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan dan usianya 35 tahun, Razak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sehingga lebih 13 tahun. Beliau juga pernah memegang beberapa portfolio termasuk Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Tun Abdul Razak telah pulang ke rahmatullah pada 14 Januari l976 di London ketika usianya menjelang 54 tahun.

Label:


« Older posts | Newer posts»
 Say Hello | ✚Follow//Dashboard |