◕‿◕ ◕‿◕ ◕‿◕ ◕‿◕
Welcome Buddies !
Hello and welcomes to Tokoh Sejarah a.k.a Tokoh Dalam Kenangan. Hope this informations can helps you.May leave you linkies at shout box.You May choose the Navigations up there to to know more .

Updates ◕ ‿-。
16 November our class will make some farewell party !
Perdana Menteri Malaysia kelima
Selasa, 12 Julai 2011 | 4:00 PG | 0 comments

Perdana Menteri Malaysia kelima


Tun Abdullah Ahmad Badawi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail di Istana Negara, pada 31 Oktober lalu.
Upacara dimulakan dengan lagu NegaraKu, diikuti dengan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan yang disusuli Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia oleh beliau sebagai Perdana Menteri.Kemudian Tun Abdullah, 64, menandatangani keempat-empat Suratcara Pelantikan yang disusuli dengan bacaan doa selamat. Seterusnya, keempat-empat Suratcara Pelantikan itu ditandatangani Ketua Hakim Negara, Tan Sri Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim sebagai saksi sebelum diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Samsudin Osman.Turut hadir Tun Dr Mahathir serta isteri, hadir sama pada majlis itu Menteri Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.Sebaik istiadat selesai, Tun Dr Mahathir serta isteri meninggalkan Istana Negara sambil diikuti oleh Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isterinya. Kedua-dua mereka kemudian ke Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya untuk upacara simbolik serah tugas jawatan Perdana Menteri.Upacara penyerahan tugas itu berlangsung di Tingkat 5, Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra berkubah hijau yang menjadi mercu tanda Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Dalam upacara itu, Tun Dr Mahathir menyerahkan fail meja sebagai tanda penyerahan tugas dan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri kepada Tun Abdullah sambil disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara.Tun Abdullah secara rasmi mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berundur daripada jawatan yang disandangnya itu selama 22 tahun.Tun Abdullah dilahirkan di Kepala Batas, Pulau Pinang, pada 26 Nov 1939, anak sulung kepada pasangan guru agama dan ahli politik Ahmad Badawi dan Kailan Hassan.Beliau memula kerjayanya dalam perkhidmatan awam pada pertengahan 1964 apabila dilantik Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam.Berkahwin dengan Datuk Seri Endon pada 4 September 1965 dan mereka dikurniakan dua orang anak, Kamaluddin dan Nori, serta empat orang cucu.Pada pilihan raya 1978, beliau memenangi kerusi Parlimen kawasan Kepala Batas, kawasan yang diwakilinya sehingga sekarang.Pada 1984, beliau dilantik menjadi Menteri Pelajaran sebelum memegang jawatan Menteri Pertahanan dari 1986 hingga 1987. Tun Abdullah menyandang jawatan Menteri Luar dari 1991 hingga 1999 sebelum dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri pada 10 Disember 1999.

Label:


« Older posts | Newer posts»
 Say Hello | ✚Follow//Dashboard |