◕‿◕ ◕‿◕ ◕‿◕ ◕‿◕
Welcome Buddies !
Hello and welcomes to Tokoh Sejarah a.k.a Tokoh Dalam Kenangan. Hope this informations can helps you.May leave you linkies at shout box.You May choose the Navigations up there to to know more .

Updates ◕ ‿-。
16 November our class will make some farewell party !
Perdana Menteri Malaysia Pertama
Selasa, 12 Julai 2011 | 4:02 PG | 0 comments

Perdana Menteri Malaysia Pertama

TUNKU Abdul Rahman Putra Al-haj dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Setar, Kedah merupakan anak kepada Sultan Abdul Hamid yang memerintah Negeri Kedah pada masa itu. Bondanya bernama Menjalara anak seorang pembesar di salah sebuah negeri Shan di utara Thailand. Tunku mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Alor Setar sebelum belajar di Bangkok.


Pada 1916, Tunku kembali ke Kedah dan menyambung pelajaran di sekolah Melayu dan seterusnya memasuki Penang Free School. Beliau kemudian dihantar ke England untuk menuntut dalam bidang kesusateraan di St. Catherine's College, Universiti Cambridge dan menjadi orang Melayu Kedah pertama mendapat ijazah dari universiti Inggeris, pada 1925. Beliau seterusnya sekali lagi ke England untuk mempelajari ilmu Undang-undang di Inner Temple pada 1931 tetapi tidak menamatkan pengajiannya. Tunku mula menceburi bidang politik selepas tamat Perang Dunia Kedua dan bersama-sama pemimpin Melayu lain, beliau bergerak menentang Malayan Union dan membangkitkan kesedaran rakyat bagi menuntut kemerdekaan. Beliau berusaha menyatupadukan orang-orang Melayu bersama-sama barisan pemimpin UMNO lain. Pada 1946, UMNO telah ditubuhkan dengan dipimpin oleh Dato Onn Jaafar bagi menyahut kehendak-kehendak kebangsaan Melayu tetapi dalam beberapa hal dasar, Tunku tidak bersetuju dengan pendapat yang ada. Tetapi pada bulan Ogos 1951 terjadilah satu krisis dalam UMNO yang menyebabkan Dato Onn meletakkan jawatannya sebagai Yang Dipertua. Maka Tunku telah dilantik untuk memimpin pertubuhan itu sebagai Yang Dipertua UMNO kedua dan beliau memimpinnya selama 20 tahun. Tunku meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 22 September 1970.

Label:


« Older posts | Newer posts»
 Say Hello | ✚Follow//Dashboard |